Yayasan Khazanah mungkin menzahirkan data peribadi anda kepada pihak-pihak berikut (melainkan anda menyatakan selainnya):
- ejen-ejen dan pembekal perkhidmatan (termasuk yang berada di luar negara) yang menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan tujuan data peribadi dikumpul termasuklah perkhidmatan-perkhidmatan pemprosesan data;
- mana-mana individu di bawah kewajipan kerahsiaan yang telah mengaku janji untuk memastikan data tersebut dirahsiakan;
- syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Yayasan Khazanah (ternasuk Khazanah Nasional Berhad dan syarikat-syarikat kumpulannya);
- institusi pendidikan yang relevan; dan
- mana-mana organisasi yang menawarkan program biasiswa, jika Yayasan Khazanah tidak mampu untuk menawarkan biasiswa untuk calon tetapi hendak menyokong calon untuk mendapat biasiswa dari organisasi yang lain.
Kami tidak akan mendedahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga yang tidak berkaitan dengan Khazanah tanpa persetujuan anda. Walau bagaimanapun, kami mungkin akan mendedahkan data peribadi anda jika dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang atau secara suci hati, jika tindakan tersebut adalah perlu untuk mematuhi keperluan mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang, perintah mahkamah atau proses undang-undang.